Fave Memperkenalkan Sistem Pesanan Makanan Terus Dari Meja Secara Nirtunai

Anda kini tidak perlu khuatir lagi untuk membuat sebarang pesanan makanan di restoran, sekiranya tidak dilayan oleh pelayan. Fave baru-baru ini, telah melancarkan ciri baharu iaitu pesanan terus dari meja di 50 restoran di seluruh Malaysia. Ini membolehkan pengguna untuk membuat pesanan makanan dan membayar tanpa perlu memanggil pelayan restoran atau beratur panjang terlebih dahulu.

Ciri ini berfungsi dengan menggunakan imbasan kod QR pada bahagian hujung setiap meja restoran. Pengguna hanya perlu menambah maklumat seperti nombor meja restoran, dan pesanan makanan. Setelah itu anda boleh melakukan pembayaran secara nirtunai dengan FavePay dan dapatkan pulangan tunai sebanyak berapa peratus yang dinyatakan pada pelekat kod QR tadi.

Selain memudahkan pengguna dalam membuat pesanan, ciri ini turut memberi impak yang positif kepada operasi perniagaan. Di mana ia mampu meningkatkan produktiviti tenaga kerja pelayan pada operasi restoran.

Untuk makluman anda, Fave antara aplikasi yang hadir dengan pelbagai tawaran menarik. Di mana ia hadir dengan diskaun harga menjimatkan sehingga 80% di restoran kegemaran anda. Melalui fave juga anda berpeluang untuk mendapatkan 30% pulangan tunai segera.

Buat masa ini, Fave hanya menyediakan ciri bagi waktu makan malam sahaja. Pada masa hadapan, Fave lebih berkomitmen tinggi untuk mengembangkan pertumbuhan mereka di Asia Tenggara dengan hadir bersama ciri lain.

Apa yang ditawarkan oleh Fave ini mempunyai persamaan dengan yang diperlihatkan oleh WeChatPay MY pada penghujung Mac yang lalu untuk rangkaian restoran Syed Bistro.

Bagi anda yang ingin menikmati tawaran ciri ini, boleh memuat turun aplikasi Fave di App Store dan Google Playstore. Manakala, untuk mengetahui maklumat lanjut anda juga boleh layari pada pautan di bawah.

Layari: Fave Malaysia – Ciri Pemesanan Meja

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.