Fedora 30 Kini Boleh Dimuat-Turun Semua

Fedora merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular, dan terkini, pembangun disebaliknya telah pun melancarkan versi terkini sistem operasi berkenaan, iaitu Fedora 30.

Fedora 30

Seperti biasa, beberapa variasi ditawarkan, termasuk Fedora WorkStation yang ditujukan kepada para pengguna desktop.

Fedora 30 hadir dengan sejumlah kemaskini perisian terbaru, termasuk menggunakan persekitaran desktop GNOME 3.32, kernel Linux 5.0, dilengkapi PHP 7.3 dan juga Ruby 2.6. Melengkapkan ia juga adalah sejumlah perisian sumber terbuka versi terkini.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi berasaskan Fedora, boleh mengemaskini ke versi terkini ataupun turut memuat-turunnya secara percuma melalui laman rasmi hari ini.

Muat-Turun Fedora 30 untuk desktop

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.