Filem adaptasi permainan video Uncharted pertama kali diumumkan pada tahun 2009. Sejak itu beberapa pelakon dan pengarah dilaporkan terlibat dengan projek siri permainan video yang cukup popular ini. Terkini Deadline melaporkan Tom Holland, pelakon yang memegang watak Spider-Man diambil untuk melakonkan watak Nathan Drake.

Filem ini mengambil inspirasi dari Uncharted 3 yang menunjukkan kali pertama Nathan bertemu dengan Victor Sullivan. Shawn Levy yang mengarah filem Real Steel dan Night at The Museum pula diambil sebagai pengarah. Dengan pembabitan Tom Holland, filem asal Uncharted yang sepatutnya memaparkan Drake versi dewasa kini berubah menjadi filem prekuel kepada asal usul beliau.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.