FINAL FANTASY BRAVE EXVIUS PERMAINAN VIDEO UNTUK PERANTI PINTAR DARIPADA SQUARE ENIX & GUMI INC.

Pembangun permainan popular, Square Enix hadir dengan kerjasama Gumi Inc. telah muncul dengan permainan video untuk peranti pintar terbaharu genre RPG berjudul Final Fantasy Brave Exvius untuk peranti Android dan iOS.

Permainan video yang menggunakan sistem klasik JRPG ini menampilkan watak-watak dalam pelbagai kategori  seperti Knight, White Magus, Warrior, White Mage, Black Mage, Thief, Ranger, Gunner, Bandit, Samurai,Red Mage, Ninja, Monk dan macam-macam lagi.

Selain itu terdapat juga watak yang anda biasa lihat dari siri permainan Final Fantasy sebelum ini seperti Vivi (Final Fantasy IX), Rydia (Final Fantasy IV) ditawarkan dalam permainan ini.

Bagi anda yang mengemari genre permainan RPG, boleh memuat-turun dan main permainan yang ditawarkan secara percuma di peranti Android dan iOS anda.

Muat turun Final Fantasy Brave Exvius
Apple App Store
Google Play Store

sumber : http://ekselen.my/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.