Pelayar web ialah antara program yang menggunakan jumlah RAM yang besar. Akibatnya masalah sela masa boleh berlaku dan ini boleh menimbulkan situasi meja diterbalikkan kerana komputer gagal berfungsi pada saat kritikal. Firefox menyedari kewujudan masalah ini dan kemaskini akan diberikan bagi menyelesaikannya.

Menerusi fungsi baru, butang khas mengoptimasikan Firefox pada komputer akan diberikan. Firefox kemudian akan memadakan pemalam yang digunakan sekiranya ia akan mendatangkan masalah kepada pengguna. Terdapat juga tetapan yang menyahaktifkan animasi antaramuka dan fungsi pre-fetching yang akan menggunakan RAM. Kesemua tetapan baru ini amat berguna bagi pemilik komputer yang kurang berkuasa dan telah berusia.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.