Firefox Memperkenalkan Aplikasi iOS Dan Android Baru Dalam Eksperimen Test Pilot

Firefox sedia terkenal dengan pelayar web mereka. Selain itu, mereka turut terkenal dengan menyediakan perkhidmatan yang memfokuskan sekuriti seperti Firefox Focus atau juga pemalam privasi untuk Facebook. Terbaru dalam eksperimen program Test Pilot, Firefox melancarkan dua aplikasi baru untuk iOS dan juga Android.

Untuk iOS, Firefox melancarkan Lockbox – iaitu aplikasi untuk menguruskan kata laluan yang telah disimpan pada pelayar web Firefox. Dengan Lockbox, pengguna boleh mengakses segala kata laluan yang telah disimpan tanpa perlu membuka pelayar web Firefox. Lebih menarik, ia turut menyokong TouchID dan juga FaceID untuk sekuriti tambahan.

Untuk Android pula, Firefox memperkenalkan Notes by Firefox – sebuah aplikasi membuat nota. Ia adalah alternatif kepada Google Keeps, kerana Notes by Firefox ini turut boleh diselarikan antara desktop dan peranti Android. Ini bermakna, jika anda membuat nota di pelayar web desktop Firefox – anda turut boleh mengkases nota ini pada peranti Android anda. Kelebihan Notes by Firefox ini adalah nota-nota ini mempunyai penyulitan menyeluruh dan selamat.

Sebelum ini, Firefox telah pun menguji Lockbox dalam bentuk pemalam. Hanya kini sahaja baru mereka hasilkan untuk peranti iOS.

Aplikasi Lockbox untuk iOS sedia dimuat turun di App Store, tetapi untuk menggunakan Notes by Firefox – pengguna turut perlu pasang pemalam pada pelayar web Firefox desktop. Pemalam ini hanya boleh dipasang jika pengguna Android telah log masuk akaun Firefox dalam peranti Android.

Muat Turun: Aplikasi Lockbox di Apple App Store

Muat Turun: Aplikasi Notes by Firefox Di Google Play Store 

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.