Fitbit Dilaporkan Mencari Pembeli – Adakah Google Mungkin Berminat?

Fitbit merupakan salah satu pengeluar peranti boleh-pakai yang popular. Mereka menawarkan gelang tangan pintar dan juga jam tangan pintar memfokuskan kepada kecergasan.

Walaubagaimanapun, arena berkenaan boleh dikatakan agak mencabar – apatah lagi dengan penyertaan sejumlah pengeluar dari China seperti Xiaomi dan Huawei yang menawarkan peranti mereka pada harga lebih rendah.

Terbaru, ia dilaporkan Fitbit sedang melihat kepada untuk menjual syarikat mereka. Fitbit dikatakan telah berbincang dengan beberapa pihak sama ada mereka patut menjual syarikat atau tidak.

Buat masa ini, Fitbit masih belum membuat keputusan berkaitan sama ada ingin menjual syarikat atau sebaliknya. Namun, sekiranya memilih untuk menjual, Fitbit dikatakan akan menarik minat beberapa pihak, termasuk ia dikatakan mungkin menarik minat pihak Google.

Fitbit baru-baru ini telah hadir dengan penawaran terbaru termasuk Fitbit Versa 2 yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM998.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.