FitCar Menggantikan Pedal Kawalan Dengan Pedal Kayuh Basikal Untuk Berfungsi

Manusia moden lebih berisi jika dibandingkan dengan manusia dari empat dekat yang lalu. Sebab utama ialah diet yang lebih berkhasiat dipadankan pula dengan kehidupan lebih sedentari. Oleh itu manusia moden perlu melakukan aktiviti senaman untuk menjaga berat tubuh. Di Arab Saudi, FitCar telah dihasilkan yang membolehkan pemandu bersenam sambil memandu kereta.

Pedal kawalan minyak FitCar digantikan dengan pedal kayuh basikal yang disambung kepada sebuah roda gila (flywheel) yang menjana arus elektrik. Selagi ia berputar arus elektrik ini akan membenarkan kereta dipandu. Pedal brek digantikan dengan brek tangan yang boleh ditemui pada kenderaan pemandu berlainan upaya.

Terdapat tiga mod kayuhan disokong oleh FitCar iaitu kayuh untuk bergerak perlahan, bergerak laju atau statik sekiranya pemandu hanya mahu bersenam dengan bebas. “Kereta kayuh” ini masih lagi sebuah konsep tetapi sistem yang digunakan boleh dipasang pada semua jenis kenderaan dengan mudah menurut  penciptanya Nasser Al Shawaf.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.