Berita Menarik

Fon Kepala SteelSeries Arctis 3 Dilancarkan Dengan Kemampuan Sambungan Bluetooth Dan Berwayar Serentak

Pembaca : 6
0 0

Fon kepala tanpa wayar bluetooth semakin popular sekarang kerana semakin banyak peranti pintar tidak lagi menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm. Kesemuanya walaubagaimanapun hanya boleh melakukan satu sahaja sambungan pada satu-satu masa. Apabila kabel dipasang, mod bluetooth akan dinyahaktifkan. Bagi yang memerlukan dua sambungan serentak, fon kepala SteelSeries Arctis 3 dilancarkan.

Sambungan berwayar dan bluetooth boleh diaktifkan serentak. Mengapakah ini perlu? Seorang gamer akan memasang fon kepala berwayar bagi mengelakkan kadar masa pendam (latency) audio ketika bermain. Tetapi mereka mungkin masih mahu mendengar notifikasi atau panggilan dari telefon. Oleh itu tambahan bluetooth kepada telefon pintar boleh dilakukan. SteelSeries Arctis 3 pada harga $129.99 (~RM 550) sepasang.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.