Sebuah lagi fon telinga TWS telah dilancarkan oleh Huawei hari ini. Huawei FreeBuds 3i mempunyai sistem pembatalan hingar aktif tetapi ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding FreeBuds 3 sebelum ini. Fon telinga dari jenis earbuds ini juga hadir di dalam pod simpanan berbentuk wujud.

Dari segi spesifikasi Freebuds 3i dilengkapi pemandu audio 10mm dengan kawalan sesentuh pada bahagian tangkai. Dengan sekali caj bateri 37 mAh  memberikan waktu beroperasi sehingga 3.5 jam atau 14.5 jam dengan penggunaan bateri 410 mAh pod pengecas. Tiga mikrofon digunakan pada sistem pembatalan hingar aktif. Ini turut digunakan untuk memberikan pengalaman melakukan panggilan telefon yang mampu menapis hingar dari bunyi luar.

Ia hanya ditawarkan dalam waran putih seramik sahaja pada waktu ini oleh Huawei. Pilihan warna lain mungkin akan diberikan di masa hadapan. Di Eropah Huawei FreeBuds 3i dijual pada harga £90 (~RM 482).

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.