Segmen fon telinga TWS premium tempatan nampaknya semakin rancak dimana Sennheiser, sebuah jenama audio premium dari negara Jerman hari ini mengumumkan bahawa fon telinga TWS terbaru mereka, iaitu Sennheiser Momentum 2 kini tiba di pasaran tempatan.

Fon telinga Momentum 2 ini hadir dengan rekaan yang lebih padat, tetapi dimuatkan dengan driver audio bersaiz 7nm yang menjanjikan kualiti audio yang lebih baik berbanding dengan model sebelum ini.

Satu ciri utama yang baru diperkenalkan pada fon telinga Momentum 2 ini ialah ciri pembatalan hingar aktif yang memadam bunyi latar apabila anda sedang menggunakan fon telinga ini.

Dalam pada itu, jangka hayat bateri fon telinga ini adalah sekitar 7 jam dengan satu pengecasan penuh, dan dengan bekas pengecasan yang mampu meningkatkan jangka hayat tersebut ke 28 jam.

Untuk memudahkan navigasi memainkan muzik kegemaran pengguna, bahagian tepi fon telinga ini juga hadir dengan fungsi sesentuh yang boleh diubahsuai melalui aplikasi Sound Control.

Selain daripada itu, Momentum 2 ini juga boleh digunakan untuk mengaktifkan pembantu-pembantu digital seperti Google Assistant dan Amazon Alexa secara mudah.

Menurut Sennheiser Malaysia, fon telinga TWS Sennheiser Momentum 2 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan melalui kedai fizikal Sennheiser yang terletak di Suria KLCC dan juga Lot 10 pada harga RM1499.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.