Football Manager 2021 Diumum, Hadir Ke PC, Xbox Dan Switch, Kecuali PlayStation

Jikalau anda tertanya-tanya manakah permainan Football Manager tahun kemudian, persoalan itu kini terjawab. Sports Interactive akhirnya membuat pengumuman tentang Football Manager 2021.

Sama seperti tahun lepas, ianya akan mempunyai versi yang berbeza mengikut pada platform yang anda mainkan. Selain dari platform PC dan Xbox, ianya juga didatangkan didalam bentuk mudah alih. Football Manager 2021 Touch untuk PC, Switch, iOS dan Android, manakala Football Manager 2021 Mobile untuk iOS dan Android.

Untuk versi PC , ianya akan disertakan Football Manager 2021 Touch secara percuma.

Menariknya permainan ini tidak akan dilancarkan ke platform PS4 atau PS5. Ini adalah mengikut dari keluhan peminat didalam Twitter dan akhirnya Pengarah Miles Jacobson memberi maklumbalas mengenai keluhan tersebut.

Mengikut pada komen beliau, salah satu sebab utama adalah kerana Sony tidak pernah memberi kit pembangun kepada mereka, maka mereka tidak dapat membangunkan permainan tersebut untuk PlayStation. Mahupun mereka telah meminta dari Sony.

Tambahan beliau, pelancaran untuk PS5 mungkin mustahil, jikalau Sony mula membuka peluang kepada mereka, kerana pembangunan untuk permainan tersebut kepada konsol Sony mengambil masa yang lama.

Setakat ini tiada video bentuk permainan dikongsi. Football Manager 2021 bakal dilancarkan pada 24hb November untuk PC (Steam & Epic Games Store), Xbox One, Xbox Series X|S, iOS dan Android, manakala Nintendo Switch bakal hadir pada penghujung Disember.

Sumber: Push Square, Football Manager, Melalui Gamer Matters.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*