Format Pengecas Kenderaan CHAdeMO 3.0 Diumumkan Dengan Kuasa Sehingga 500 kW

Kenderaan elektrik akan menggantikan kereta bahan api fosil dalam masa beberapa dekad sahaja lagi. Ia jauh lebih mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Tetapi tidak seperti kereta biasa, kenderaan elektrik mempunyai pelbagai sistem pengecasan berbeza. Oleh itu persatuan CHAdeMO telah ditubuhkan di Jepun bagi menyeragamkan sistem pengecasan kenderaan elektrik. Persatuan ini telah mengumumkan format pengecasan baharu yang diberi nama CHAdeMo 3.0 dengan kuasa sehingga 500kW.

Ini adalah peningkatan dari 400 kW yang disokong format CHAdeMo 2.0 dan lebih panta berbanding 250 kW yang ditawarkan Tesla Supercharger V3. Bagi menanggung kuasa yang tinggi ini, pengecas akan disejukkan menggunakan sistem cecair.

CHAdeMO 3,0 dibangunkan oleh persatuan CHAdeMo dan China Electricity Council (CEC). Ia turut menyokong format pengecasan CHAdeMO terdahulu dan juga GB/T di China. Ujian akan dilakukan tahun ini dengan kenderaan elektrik pertama menyokong CHAdeMo 3.0 dilancarkan pada tahun 2021. Pada waktu ini sekitar 44% kenderaan elektrik di dunia menyokong pengecasan CHAdeMO secara terus atau menggunakan penyesuai (seperti Tesla).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*