Fortnite Kini Boleh Diuji Pada Peranti Android Yang Disokong – Tiada Lagi Keperluan Jemputan

Epic Games hari ini telah memulakan penawaran Fortnite untuk semua peranti Android yang disokong dalam bentuk beta, sekaligus membolehkan para pengguna peranti Android yang disokong permainan berkenaan memuat-turun dan memainkan permainan berkenaan tanpa keperluan jemputan khusus.

Fortnite Android

Untuk makluman, Fortnite untuk Android tidak ditawarkan melalui Google Play Store, sebaliknya terus melalui laman rasmi Epic Games.

Fortnite untuk Android menawarkan bentuk permainan Battle Royale, dimana anda akan bersaing dengan pelbagai pemain lain dan menjadi yang terakhir kekal hidup. Berbeza dengan PUBG, Fortnite turut menyertakan sokongan membina dalam permainan – sekaligus menjadikan bentuk permainannya adalah lebih strategik dan sedikit berbeza berbanding PUBG.

Bagi anda yang mempunyai peranti Android yang disokong, anda boleh memuat-turun Fortnite Beta untuk Android hari ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.