Foxconn Kini Bersedia Menghasilkan iPhone Di Luar China Jika Diperlukan

Perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat akan menyebabkan harga jualan peranti yang diimport ke A.S dikenakan duti mencecah 25%. Kerana iPhone dihasilkan di China, harga jualan peranti yang sudahpun agak mahal ini akan meningkat mendadak. Bagi mengurangkan impak ke atas harga jualan ini, Foxconn berkata mereka kini bersedia menghasilkan produk Apple di luar China khusus untuk pasaran A.S.

Ini adalah menurut laporan Bloomberg yang memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang eksekutif kanan Foxconn dalam pertemuan dengan pelabur di Taipei semalam. Menurut beliau lagi 25% kemampuan pengilangan Foxconn kini terletak di luar China. Ini adalah cukup untuk menghasilkan peranti Apple khusus untuk pasaran A.S sahaja. Pengeluaran iPhone model lama sudahpun dilakukan di kilang-kilang mereka yang terletak di Chennai India.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.