Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Fujifilm telah mula mengeluarkan perisian yang membolehkan pengguna untuk menukar kamera Fujifilm mereka kepada webcam.

Terkini, Fujifilm telah menambah sokongan fungsi tersebut untuk dua kamera tambahan, termasuklah Fujifilm X-T200 dan Fujifilm X-A7.

Sebelum ini, perisian Fujifilm X Webcam hanya boleh digunakan dengan komputer yang menggunakan sistem operasi Windows.

Fujifilm turut mengumumkan bahawa sokongan perisian tersebut untuk sistem operasi MacOS akan tiba pada pertengahan bulan Julai kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.