Fujifilm X70 adalah satu lagi variasi model kamera kompak berkuasa tinggi dibawah siri X syarikat pengeluar kamera terkemuka, Fujifilm.
Kamera 16.3 megapixel ini mempunyai lensa 18.5mm F2.8 yang tidak boleh ditukar dan dilengkapi dengan sensor X-TRANS CMOS II dan enjin pemproses imej EXR Processor II.
Fujifilm X70 menawarkan sokongan rakaman pada pelbagai kadar sensitiviti ISO sehingga 51200 dan hadir dengan paparan LCD skrin sentuh sebesar 3 inci yang boleh diselaraskan sehingga 180 darjah.
Disamping itu, kamera ini turut hadir dengan sokongan WiFi bagi memudahkan pengguna memudahkan pengguna memindahkan gambar terus ke telefon pintar dengan menggunakan aplikasi khas.

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.