Fungsi Facebook Stories Mula Diperkenalkan Untuk Facebook Pages

Facebook sedia menawarkan sokongan perkongsian gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam, dinamakan sebagai Facebook Stories. Popularitinya masih rendah, membuatkan Facebook turut menawarkan ciri untuk berkongsi Instagram Stories terus menjadi Facebook Stories.

Facebook Stories

Kini, selain daripadanya, Facebook turut telah mula memperkenalkan ciri sama untuk Facebook Pages. Ciri ini sebelum ini hanya terhad kepada pengguna profil individu sahaja, tetapi dengan membuka kepada Pages, ia turut membolehkan pelbagai jenama dan organisasi untuk berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam bersama pengikut dan peminat mereka yang lain.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan secara berperingkat – dan mungkin akan boleh diakses semua Facebook Pages dalam masa sebulan dua lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.