Ketagihan internet ialah masalah yang semakin kronik. Kami mengaku mempunyai masalah ini dan sukar untuk berenggang dengan peranti sepanjang hari. Antara sebab mengapa pengguna sukar untuk berhenti menggunakan peranti ialah kerana cahaya yang terang dari skrin mengganggu “jam biologi” tubuh mereka.

Oleh itu peranti moden kini hadir dengan Night Mode yang menapis cahaya biru. Secara teorinya ini akan mengurangkan gangguan kepada jam biologi tubuh. Twitter ialah antara aplikasi dengan fungsi Night Mode yang mengurangkan kesakitan mata apabila menggunakannya dalam gelap.

Pihak Twitter sedang menguji fungsi Night Mode yang diaktifkan secara automatik pada waktu tertentu. Pada waktu ini, mod malam perlu diaktifkan secara manual oleh pengguna. Sebilangan kecil pengguna mula menerima fungsi ini secara rawak. Adakah anda antara pengguna yang sudah menerima fungsi ini?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.