Gmail kini dikemaskini dengan antaramuka baru dalam usaha memudahkan pengurusan emel pengguna. Melalui kemas kini baru ini, ia telah mengintegrasikan beberapa ciri utama seperti Mail, Chat, Rooms dan Meet menjadi satu. Ini sekaligus menjadikan lagi pengguna untuk melakukan lebih banyak perkara dalam satu tempat sahaja.

Selain daripada itu, Google juga menambah fungsi baru yang membolehkan pengguna membuat suntingan dokumen secara terus tanpa perlu keluar daripada aplikasi. Dalam pada itu, ia turut menyertakan ruang kerja bersepadu yang membantu pengguna untuk mengakses pelbagai aplikasi pihak ketiga seperti DocuSign, Salesforce dan Trello dengan mudah.

Disamping itu, Google turut memperkenalkan beberapa ciri lain yang seperti tetapan lalai untuk mod jangan ganggu, pemberitahuan status di luar pejabat dan tetapan penting sesuatu perkara untuk mudah diakses. Buat masa ini, kemas kini ini hanya tersedia untuk pelanggan G Suite sahaja.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.