Berita Menarik

Gadis Afghan cipta game anti-candu

Pembaca : 9
0 0
Share Button

Dari ceruk Afghanistan, negara pengeluar candu terbesar di dunia, kini muncul sekumpulan remaja perempuan yang bijak dalam bidang pengaturcaraan. Menurut laporan Reuters, lebih 20 orang gadis di Herat, sebuah bandar di barat negara itu telahpun membuktikan kepakaran mereka dalam bidang pengaturcaraan, membina app dan laman web serta menjejak pepijat dalam komputer.

Jika tahun lepas sekumpulan gadis Afghan melonjak di media antarabangsa kerana menguasai robotik, perawan-perawan di Herat ini meneruskan momentum kaum wanita di negara itu melalui projek Code to Inspire. Projek itu bertujuan untuk melatih lebih ramai pengaturcara wanita di kalangan remaja negara itu.

Game “Fight Against Opium” merupakan game yang mengetengahkan animasi askar Afghan yang diberi misi memusnahkan ladang candu, melawan tokan dadah dan membantu petani menanam safron.

Projek Code to Inspire telah membantu ramai remaja di negara itu terutama mereka yang tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ketika berlakunya pergolakan di Afghanistan sejak sedekad lepas.

Baca lebih lanjut mengenai gadis-gadis hebat ini di https://www.reuters.com/article/us-afghanistan-game-women/afghan-girl-coders-design-games-to-fight-opium-and-inequality-idUSKBN1I901Z

Sumber artikel dan gambar: Reuters

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.