Gambar Awal Asus Zenfone 6 Di Dedahkan, Tiada Takuk Dan Bezel

Asus Zenfone 6 Malaysia

Asus akan melancarkan smartphone ZenFone 6 pada 16 May ini yang akan diadakan pada satu majlis khas di Valencia, Spain.

Melalui akaun Twitter milik Asus, mereka turut mendedahkan gambar acah peranti tersebut yang tidak memiliki sebarang takuk dan juga Bezel. Kamera selfienya disembunyikan melalui kaedah dual gelongsor yang akan di dedahkan apabila gelongsor di bahagian atas. Apabila di gelongsor di bahagian bawah akan mendedahkan pembesar suara.

Asus Zenfone 6 Malaysia

Untuk spesifikasi Asus ZenFone 6, peranti ini dikatakan hadir dengan spesifikasi peranti kelas atasan termasuk menggunakan cip Snapdragon 855, 6GB RAM, 128GB memori dalaman serta pengecasan pantas 18W. Ia juga dijangka hadir dengan dual lensa dengan lensa utama 48 Megapixel. Spesifikasi lain masih lagi tidak diketahui.

Untuk peranti kali ini, Asus membawa slogan “Defy Ordinary” yang bermaksud melawan kebiasaan. Jadi, adakah Asus akan bawakan perkara baru untuk model kali ini?. Sama-sama kita nantikan 16 May ini.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.