TechSemut Malaysia

Gambar Bocor Menunjukkan 3 Saiz iPhone Terbaharu

Gambar Bocor Menunjukkan 3 Saiz iPhone Terbaharu

Gambar Bocor Menunjukkan 3 Saiz iPhone Terbaharu
Mei 23
09:31 2017

Menjelang September, Apple telah pasti akan melancarkan telefon pintar iPhone terbaharu untuk tahun ini. Namun sehingga tarikh itu tiba, kita hanya tinggal dengan khabar angin dan maklumat yang dibocorkan untuk meramalkan apa yang akan dilancarkan nanti. Sebahagian lagi maklumat telah bocor berkenaan telefon pintar tersebut dalam bentuk gambar apa yang dipercayai acuan bagi casi model-model telefon pintar iPhone.

iphone terbaharuGambar Bocor Menunjukkan 3 Saiz iPhone Terbaharu

Diterbitkan di Weibo dan dilaporkan 9to5Mac, gambar tersebut menunjukkan apa yang dipercayai acuan bagi casi iPhone 8, iPhone 7s dan iPhone 7s Plus, tiga model iPhone terbaharu yang diramalkan akan dilancarkan tahun ini. Seperti dijangka, iPhone 8 lebih mirip saiz iPhone 7S berbanding iPhone 7S Plus.

Gambar ini juga mendedahkan posisi dan saiz kamera, dan sekali lagi apa yang dilihat dalam gambar ini selari dengan apa yang dikhabarkan setakat ini; kamera dwi-lensa untuk dua kamera terbesar, dan kamera dengan susunan menegak untuk iPhone 8.

Berdasarkan apa yang dilihat sehingga kini, Apple dilihat hanya akan menampilkan peningkatan kecil pada model iPhone biasanya – iaitu iPhone 7S dan iPhone 7S Plus – dan sebuah telefon pintar edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke sepuluh telefon pintar iPhone dalam bentuk iPhone 8.

Dengan pelbagai bahan-bahan premium dan teknologi baharu dimuatkan dalam iPhone 8, dikhabarkan bahawa telefon pintar tersebut akan dikeluarkan lebih lewat dari yang dijangkakan. Sementara itu, seperti biasa, dijangkakan ketiga-tiga telefon pintar itu didatangkan dengan pemproses dan kamera baharu di samping mungkin didatangkan dengan skrin dengan resolusi lebih tinggi yang telah lama diharapkan peminat.

Walaubagaimanapun, gambar-gambar ini datangnya dari sumber yang kurang dikenali dan boleh jadi acuan ini digunakan untuk membuat casing iPhone dan bukan iPhone itu sendiri. Tetapi ia tetap mengesahkan khabar-khabar angin yang hadir sebelum ini di samping memberikan perbandingan saiz antara ketiga-tiga telefon pintar tersebut.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com