Berita Menarik

Gambar Dan Spesifikasi Moto G5 Dan G5 Plus Terdedah Sebelum Pelancaran

Pembaca : 8
0 0

Moto G5 Dan G5 Plus

Sebelum ini, Lenovo dikatakan akan memperkenalkan Moto G5 dan Moto G5 Plus pada Acara MWC2017 yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini di Barcelona. Kini, tiada lagi rahsia untuk kedua-dua peranti tersebut oleh kerana spesifikasi dan gambar render-nya sudah tertiris di internet.

Kedua-dua peranti ini lebih mengfokuskan pada pasaran pertenghan dengan skrin sebesar 5.2 inci pada model G5 Plus dan 5.0 inci pada model G5. Kedua-duanya menggunakan resolusi HD Penuh 1080p.

Walaupun reka bentuknya dilihat hampir sama, namun di bahagian dalamnya memiliki spesifikasi yang berbeza hampir kesemua aspek termasuk cip pemproses, kapasiti memori dan juga kamera.

Moto G5Moto G5 Plus

Model Moto G5 Plus hadir dengan pemproses Snapdragon 625 dengan CPU Octa-Core dan Adreno 506 GPU. Dibahagian dalamnya juga tertera 64 GB memori, 2 GB RAM serta sokongan slot microSD sehingga 256GB. Untuk kamera, peranti pertengahan ini juga hadir dengan sensor 12 Megapixel, F2.0, Dual-LED Flash dan lensa selfie 5 Megapixel.

Bagi Smartphone Moto G5 pula hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah. Ia dimuatkan dengan pemproses Snapdragon 430, 32 GB ruang memori, 2 GB RAM, bateri 2800 mAh, kamera utama 13 Megapixel serta kamera hadapan 5 Megapixel.

Kedua-dua peranti ini tersedia dipasang dengan Android 7.0 Nougat, pengimbas cap jari dan terdapat dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas. Buat masa ini, Lenovo masih lagi mengumumkan harga rasmi dan juga tarikh jualan untuk peranti ini.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.