Ketirisan gambar telefon pintar Pixel 3 dan Pixel 3 XL bukan sesuatu yang baru. Kini, menambahnya lagi, peniris terkenal, @evleaks kini berkongsi sebuah gambar yang memperlihatkan rekaan panel hadapan untuk Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL.

Kedua-dua telefon pintar ini dijangka diperkenalkan pada awal Oktober 2018 ini oleh Google. Daripada apa yang dapat dilihat, Pixel 3 hadir dengan rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai atas dan bawah yang sedikit tebal.

Google Pixel 3

Sementara Pixel 3 XL pula hadir dengan rekaan bertakuk yang tebal – dan pada masa yang sama turut menyertakan rekaan dagu peranti yang tebal berbanding peranti bertakuk yang lain.

Daripada spesifikasi, keuda-dua telefon pintar dijangka hadir dengan cip Snapdragon 845 dan memori 4GB RAM. Ia juga turut bakal hadir dengan Android 9.0 Pie secara terbina padanya.

Seperti biasa, kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti ini tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.