Gambar Rasmi Redmi 7 Didedahkan, Tampil Dengan Warna Cerun

Gambar Rasmi Redmi 7

Redmi 7 akan diperkenalkan pada 10 Januari ini. Berbaki sehari sahaja lagi, kini gambar rasmi peranti tersebut telah didedahkan di Internet. Redmi 7 merupakan model pertama dari “Redmi” yang merupakan sub jenama yang telah diasingkan dari Xiaomi.

Berbalik kepada gambar yang didedahkan. Redmi 7 dijangka hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, warna cerun ungu/pink dan biru/hitam.

Di bahagian belakang terdapat dua lensa kamera dan LED Flash yang disusun secara menegak. Pengimbas cap jari juga terletak di bahagian belakang.

Gambar Rasmi Redmi 7

Bedasarkan maklumat yang tertiris, Redmi 7 bakal hadir dengan lensa 48 Megapixel kamera utama. Lensa kedua dan lensa selfie masih lagi belum diketahui. Sama-sama kita nantikan spesifikasi penuh pada pelancarannya tidak lama lagi.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.