Gambar Render Motorola P30 Tertiris Dengan Rekaan Seperti iPhone X

Motorola P30

Motorola dijangka akan memperkenalkan tiga model baru dalam masa terdekat iaitu Motorola P30, P30 Note dan P30 Play. Ketiga-tiga model ini sudah tentu akan tampil dengan saiz dan spesifikasi yang berbeza.

Terbaru, gambar render Motorola P30 telah tertiris di Internet yang membawakan rekaan seolah-olah iPhone X dengan skrin takuk di hadapan serta susunan kamera menegak di bahagian belakang. Dibahagikan belakangnya juga hadir dengan pengimbas cap jari dengan logo Motorola tertera di atasnya.

Berdasarkan spesifikasi yang tertiris, Motorola P30 akan hadir dengan skrin FullHD+ bersaiz 6.2 inci, kamera belakang 16MP dan 5MP serta kamera hadapan 12MP. Ia juga dijangka hadir dengan 6GB RAM, 128GB memori dalaman serta bateri 3000 mAh.

Buat masa ini, Masih tidak diketahui tarikh rasmi pelancaran ketiga tiga model ini. Namun dijangka dalam masa yang terdekat.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.