TechSemut Malaysia

Gambar Samsung Galaxy Note 7 Terpakai (Refurbished) Terpapar

Gambar Samsung Galaxy Note 7 Terpakai (Refurbished) Terpapar

Gambar Samsung Galaxy Note 7 Terpakai (Refurbished) Terpapar
Mei 30
10:11 2017

Galaxy Note 7 yang telah dihentikan jualannya pada bulan Oktober tahun lepas kerana masalah baterinya yang mudah meletup, tetapi pada awal tahun ini Samsung merancang untuk memasarkan ia semuala tetapi dalam versi yang telah dibaik pulih (refurbished).

Sebuah laman web di China telah menyenaraikan Note 7R (R untuk dibaik pulih (refurbished)) di laman web mereka pada harga $ 520- $ 580, dan kini imej pertama Galaxy Note7R telah terpapar di media sosial.

Gambar Note 7R yang muncul di Twitter, dan ia menunjukkan telefon tersebut kelihatan sama dengan peranti Note 7 asal. Ini kerana laporan mengenai Note 7R sebelum ini tidak menyebut mengenai apa-apa tentang Samsung akan mereka bentuk semula Note 7R tersebut

Walau bagaimanapun, terdapat satu perubahan yang ketara, Samsung telah menukar baterinya, dan kini telefon ini mempunyai 3200 mAh bateri berbanding dengan kapasiti bateri 3500 mAh pada Note 7 yang asal.

Galaxy Note7R akan berada dipasaran tidak lama lagi di Korea Selatan dan China tidak lama lagi, diikuti oleh pasaran di negara-negara lain.

Tetapi Note 7R telefon tidak akan dijual di Amerika Syarikat. Samsung ada menyatakan pada bulan Mac: “The objective of introducing refurbished devices is solely to reduce and minimize any environmental impact. The product details including the name, technical specification and price range will be announced when the device is available. Samsung will not be offering refurbished Galaxy Note 7 devices for rent or sale in the US.”

SOS
Tweatown

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com