Gambar Samsung Galaxy Z Flip Tertiris, Peranti Boleh Lipat Kedua Dari Samsung

Samsung Galaxy Z Flip Malaysia

Samsung Galaxy Z Flip Malaysia

Samsung Galaxy Z Flip dijangka akan diumumkan pada 11 Febuary ini yang akan hadir bersama Siri smartphone premium Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 Ultra.

Berbaki dua minggu lagi sebelum acara Samsung Unpacked berlangsung, gambar Samsung Galaxy Z Flip telah tertiris di internet yang menampilkan rekaan boleh lipat dengan rekaan engsel yang mungkin hampir sama dengan Samsung Galaxy Fold.

Berdasarkan gambar yang didedahkan oleh winfuture.de, Galaxy Z Flip akan hadir dengan dua lensa belakang yang bakal hadir dengan dua sesnsor 12 Megapixel untuk kamera utama dan kamera sudut lebar. Di bahagian hadapan memiliki kamera tunggal untuk selfie.

Samsung Galaxy Z Flip Malaysia

Samsung Galaxy Z Flip Malaysia

Samsung Galaxy Z Flip bakal hadir dengan panel skrin Infinity Flex bersaiz 6.7 inci yang boleh dilipat. Dibahagian belakang, terdapat skrin kecil jenis AMOLED bersaiz 1.06 inci yang terletak sebaris dengan lensa utama. Skrin kedua menyokong fungsi Always-On untuk memaparkan maklumat notifikasi.

Dibahagian dalam, Galaxy Z Flip akan menggunakan cip Snapdragon 855+ dengan 8GB RAM serta 256GB memori dalaman. Ia turut hadir dengan bateri 3300 mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.