TechSemut Malaysia

Gamer Tegar Mengambil Masa Selama 6 Tahun Untuk Menang Pokemon Ruby Dengan Magikarp

Gamer Tegar Mengambil Masa Selama 6 Tahun Untuk Menang Pokemon Ruby Dengan Magikarp

Gamer Tegar Mengambil Masa Selama 6 Tahun Untuk Menang Pokemon Ruby Dengan Magikarp
Mei 09
07:22 2017

Walaupun permainan Pokemon Ruby telah keluar selama lebih sedekad yang lalu, beberapa pemain masih mencari cara-cara baru yang inovatif dan unik untuk mengalahkan permainan tersebur. Kira-kira enam tahun yang lalu, YouTuber dari Jepun yang bernama Leomon mula bermain permainan Pokemon Ruby dengan hanya menggunakan Magikarp, pokemon yang boleh dikatakan paling tidak berguna.

http://www.mypokecard.com

Mengapa Magikarp dikatakan tidak berguna? Sebagai permulaan, ia hanya mempunyai satu serangan iaitu, Splash, dan yang teruknya ia tidak memberi apa-apa kesan serangan. Kalau difikirkan balik ia lebih teruk daripada tidak berguna, kerana anda membuang membuang masa dengan menggunakan serangan tersebut kerana lebih baik gunakan giliran tersebut untuk memanggil pokemon lain boleh menyerang.

Jadi, cara yang biasa digunakan untuk meningkat level Magikarp ialah, dengan menggunakan pokemon ini pada giliran pertama untuk mendapat beberapa experience points. Dan kemudian menukar kepada pokemon lain yang lebih efektif dalam perlawanan tersebut.

Lakukan perkara ini selama beberapa “abad” lamanya dan Magikarp ini akan meningkat kepada level 15. Dan kini ia boleh menggunakan Tackle. Ia hanya serangan asas yang biasa ada pada pokemon level permulaan.

Tetapi Magikarp mempunyi rahsia. Rahsia yang amat berbaloi. Jika bertahan menggunakan Magikarp selama beberapa “melenia” lagi, pokemon ini akan evolve kepada Gyarados pada level 20. Gyarados ini amat berbeza dengan Magikarp. Ia adalah pokemon yang amat berkuasa. Ia mampu melakukan pelbagai serangan yang kuat dan mempunyai daya ketahahan yang tinggi.

Tetapi Leomon tidak “evolve”kan Magikarp pada Gyarados, dia menggunakan Magikarp untuk mengalahkan lawannya dengan caranya yang tersendiri. Dia akan bertahan dengan semua serangan dan akan menyembuhkan Magikarpnya bila perlu sehingga lawannya kehabisan PP. PP ialah point yang diperlukan untuk menyerang. Selepas lawannya kehabisan PP, mereka akan menggunakan serangan Struggle. Serangan Struggle tidak menggunakan PP tetapi serangan ini akan mengurangkan nyawa mereka dan nyawa lawan mereka. Jadi Leomon akan sentiasa menyembuhkan Magikarpnya dengan potions, bagi setiap serangan Struggle sehingga lawannya mati dengan serangan lawannya sendiri

Anda boleh saksikan 30 minit terakhir Leomon bermain Pokemon Ruby di video di bawah, sila ambil perhatian bahawa permainan dan ulasan Leomon adalah sepenuhnya dalam bahasa Jepun.

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com