Garmin tactix Delta Dilengkapi Bateri Yang Mampu Bertahan Sehingga 80 Hari

Jam tangan pintar generasi pertama hanya mampu bertahan sehari dengan sekali caj. Selepas beberapa generasi, hayat bateri jam tangan pintar Garmin tactix Delta yang dilancarkan hari ini mampu bertahan sehingga 80 hari. Seperti Garmin MARQ Commander yang dilancarkan Oktober tahun lalu, tactix Delta ialah jam tangan pintar yang dihasilkan khusus untuk kegunaan anggota tentera.

Tactix Delta dilengkapi skrin 1.4 inci yang diperbuat daripada nilam dan melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD 810. Ini ialah saiz skrin yang 36% lebih besar berbanding model tactix yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini. Terdapat pengimbas nadi, sensor kandungan oksigen di dalam darah dan sokongan dwi-GPS serentak. Turut disertakan ialah fungsi standard Garmin seperti peta terbina, sistem navigasi dan mod Jumpmaster untuk kegunaan ahli payung terjun.

Kerana direka khas untuk kegunaan tentera, mod Stealth membolehkan rekod pergerakan tidak direkodkan dan suis khas untuk memadam kesemua data yang telah disimpan. Skrin jam turut mempunyai sokongan kaca mata pandangan malam. Akhir sekali ia boleh memaparkan notifikasi dari telefon pintar dan storan sehingga 2000 MP3. Harga jualan Garmin tactix Delta adalah $900 (~RM3622) seutas.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.