Geely pada hari ini sedia mempunyai sejumlah syarikat automotif dibawah pegangan mereka, termasuk seperti Volvo dan juga Proton. Terbaru, ia dilaporkan Gelly bakal memperkenalkan kenderaan elektrik dibawah penjenamaan baharu, sekaligus menyaingi Tesla.

Jenama berkenaan yang mungkin dikenali “Zeekr”, dijangka akan menawarkan rekaan serta penawaran premium. Pada masa yang sama, Zeekr juga dijangka akan menawarkan kenderaan dalam bentuk pemasaran baru – termasuk menjual kereta terus kepada pengguna tanpa melalui pengedar, sekaligus menawarkan ia pada harga lebih selari kepada pelanggan.

Dengan langkah ini, Zeekr dijangka akan menawarkan pengalaman dan hubungan lebih baik kepada pengguna. Disamping itu, Geely juga dijangka akan menawarkan kemudahan untuk pelanggan turut mendapatkan pegangan dan saham syariikat disebalik Zeekr ini kelak.

Buat masa ini, Geely masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perancangan baharu ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.