Genshin Impact – RPG Dunia Terbuka Percuma Kini Dilancarkan Untuk PS4, PC Dan Mudah Alih

Permainan RPG dunia terbuka percuma oleh MiHoYo, Genshin Impact kini telah dilancarkan. Pembangun mudah alih ini nampaknya telah menaik taraf kualiti permainan baharu mereka dengan skala lebih besar dan kualiti untuk konsol.

Genshin Impact boleh dimain sama ada solo ataupun multi-pemain sehingga 4 pemain melalui rentas-platform (PS4, PC, iOS dan Android). Namun malangnya fungsi rentas-platform tersebut tidak berfungsi untuk PS4.

Lebih dari 20 pilihan karakter anda boleh bermain melalui permainan ini, dan anda boleh juga membina parti anda sendiri, dan elemen gacha juga terlihat.

Permainan ini boleh dimainkan di PS4 (Melalui PS Store Asia), PC (Melalui laman web mereka), dan mudah alih seperti iOS dan Android.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*