Gerak Malaysia Kini Membolehkan Premis Menjana Kod QR Untuk Daftar Masuk

GerakMalaysia, aplikasi yang disokong oleh kerajaan untuk memudahkan permohonan untuk pendaftaran pergerakan rentas negeri, kini turut telah menambah sebuah ciri baru memfokuskan kepada pemilik premis perniagaan.

Melalui kemaskini baru, Gerak Malaysia kini membolehkan pemilik premis perniagaan untuk menjana kod QR untuk premis masing-masing.

GerakMalaysia QR

Seterusnya, ia boleh digunakan untuk pendaftaran para pengunjung ke premis anda, sekaligus memudahkan lagi pemantauan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Bagi para pemilik perniagaan, anda boleh menjana kod QR masing-masing melalui laman khas Gerak Malaysia bermula hari ini.

Layari : GerakMalaysia QR

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*