Gerbang bayaran atas talian Di malaysia

Word pay in red connected to a computer mouse

 

Anda mempunyai perniagaan atas talian ? memerlukan sistem lebih sistematik dan pembayaran secara terus pada laman jualan anda . Jika dulu aplikasi bayaran yang paling populer adalah paypal , kini beberapa syarikat di malaysia telah memperkenalkan aplikasi gerbang bayaran bagi penguna membuat bayaran menerusi akaun bank-bank di malaysia. Dengan kadar bayaran pendaftaran yang mampu dan bayaran komisyen setiap transaksi bergantung kepada pelan yang anda ambil  (mengikut pemberi perkhidmatan kebanyakanya dalam 4% dari jualan atau min 60 sen)

 

 

 

Berikut adalah senarai yang anda boleh pilih dari percuma hingga yang berbayar .

 

1. M2Upay

Perkhidmatan yang disediakan percuma oleh pihak maybank kepada pelangan biasa anda hanya perlu membuat pemohonan berserta url laman jualan anda . Selepas permohoan anda berjaya , anda akan menerima maklumat tentang link bayaran yang anda boleh letakan pada blog atau laman belian anda . Kelemahan adalah tiada integrasi kepada sistem jualan anda .

 

2. ipay88

perkhidmatan ini di sediakan oleh  Mobile88.com Sdn Bhd / iPay88 Sdn Bhd . gerbayang pembayaran berbayar di mana fee pendaftaran sekitar 400++ berserta komisyen dalam 4% bagi setiap transaksi . Kelebihan ipay88 , ianya menyokong kebanyakan bank di malaysia malah termasuk negara asian dan china . untuk plan soho , tiada yuran tahunan dikenakan.

pg

3. MOLPay

antara gerbang bayaran paling awal di malaysia . Juga menyediakan pembayaran atas talian malah menyokong bayaran luar talian melalui rakan niaga mereka .

:

*MOLPay Premium Plan
*MOLPay Lite Plan
Pendaftaran
(tidak dipulangkan)

RM 400.00

RM499.00
Yuran tahunan

RM 499.00

RM99 [Tahun pertama dikecualikan ]

[ tahun ke dua percuma jika transaksi tahun sebelumnya melebihi  MYR 5,000.00]

Fee per transaksi
3.0%[Untuk kad kradit]
3.0% or min. RM 0.60 (mana yang lebih tinggi)[Untuk semua pembayaran debit]
3.8%[Untuk kad kradit]
3.8% or min. RM 0.60 (mana yang lebih tinggi) [Untuk semua pembayaran debit]
fee pengeluaran
RM0.00 setiap transaksi
RM2.00 setiap transaksi
had Jumlah transaksi  (akaun) 
tiada
tiada

*Tertakluk kepada perubahan oleh pihak syarikat

4. Myclear

Adalah anak syarikat penuh bank negara malaysia . yang dulunya di kawalselia oleh MEPS FPX.  Tiada maklumat pendaftaran dan kos yang dikenakan buat masa ini.

5. Paypal

Paypal menyediakan perkhdimatan pembayaran dan penerimaan bayaran dengan tiada kos awal dan yuran tahunan . Kos yang perlu di bayar hanya kos setiap transaksi . Untuk mengeluarkan hasil jualan anda perlu kos min untuk pengeluaran secara percuma. Menerima pembayaran sama ada dari akaun pembeli atau kad kradit pembeli. komisyen bagi setiap transaksi adalah 3.9% untuk dalam negara dan 4.4 % untuk luar negara . tambah RM 2 untuk setiap transaksi.

 

6. eghl

Perkhidmatan di sediakan oleh GHL Systems Berhad . Memulakan perkhdimatan tahun 2013  Pembayaran awal pendaftaran RM 399 dan tahunan . Yuran tahunan tidak di kenakan bagi jualan melebihi 6000 . Buat masa ini hanya menerima Ringgit Malaysia Sahaja .Untuk setiap transaksi kad kradit sebanyak 2.8 % kos komisyen dikenakan dan bagi pembayaran terus RM 1.50 bagi setiap transaksi.

 

terdapat beberapa lagi gerbang bayaran yang techsemut tidak nyatakan namun ianya bergantung kepada anda untuk memilihnya . Senarai di atas adahal antara yang terkenal dan sering digunakan oleh peniaga atas talian di malaysia.