Share Button

O untuk Oreo? Ia masih belum disahkan tetapi khabar angin ini bertiup kencang di dalam dunia internet hari ini. Apatah lagi, apabila majlis pelancaran Android O semakin hampir.

Android O adalah sistem operasi terbaru dari Google, yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Lebih tepat lagi, pada 21 Ogos 2017 jam 2.40 petang iaitu hari ini. Bagaimanapun, tarikh ini adalah waktu di Amerika Syarikat, jadi waktu yang tepat di Malaysia adalah jam 2.40 pagi pada 22 Ogos 2017.

Tetapi lebih menarik lagi, Google memilih masa dan tarikh ini kerana ia akan berlaku serentak dengan gerhana matahari di Amerika Syarikat. Malagnya, sebab ia waktu malam di Malaysia, jadi kita tak dapat tengok gerhana matahari ini.

Oreo dan Android kuat dikaitkan kerana pada tahun 2015, Oreo pernah membuat kempen iklan berkenaan #oreoeclipse, atau gerhana Oreo. Dengan pemilihan Google untuk melancarkan nama rasmi Android O pada waktu gerhana, ia menambah kepastian nama Oreo akan dipilih.

Majlis pelancaran Android O boleh ditonton menerusi strim secara langsung di laman web Android Eclipse. Fenomena gerhana matahari yang sama juga boleh ditonton di saluran YouTube Nasa. Nasa akan bersiaran secara langsung bermula jam 12 tengah hari EST, atau 12 tengah malam ini waktu Malaysia.

Adakah anda merasakan Google akan memilih Oreo? Pengumuman Android KitKat yang lepas juga dibuat tidak dijangka ramai. Atau anda mempunyai nama manisan lain yang lebih menarik bermula dengan O?

Layari laman web Android O untuk maklumat lanjut.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.