Permainan akan datang oleh Sucker Punch, Ghost Of Tsushima akan hadir lebih lambat dari tarikh asalnya. Namun, berita baiknya, permainan pengembaraan dunia terbuka ini boleh di pra-tempah, bermula sekarang.

Ini adalah mengikut dari Playstation Asia yang telah membuat pengumuman mengenai kesediaan versi digital yang boleh ditempah sekarang. Manakala versi fizikal akan hadir dalam masa terdekat.

Ghost Of Tsushima mula dijual pada harga RM249 untuk Standard Edition, harganya adalah sama pada kedua-dua versi digital ataupun fizikal. Untuk sesiapa yang membuat pra-tempah, berikut adalah kandungan tambahan turut serta sebagai pakej:

  • Permainan penuh Ghost of Tsushima
  • Latar Lagu Mini Digital Ghost of Tsushima
  • Tema Dinamik Jin, Ghost of Tsushima
  • Avatar Jin, Ghost of Tsushima

Malah, untuk pembelian fizikal, pemegang kunci Omamori turut serta untuk kuantiti yang terhad.

Digital Deluxe Edition, pada harga RM299 juga ditawarkan dengan beberapa penambahan:

  • Permainan penuh Ghost of Tsushima
  • Latar Lagu Mini Digital Ghost of Tsushima
  • Tema Dinamik Jin, Ghost of Tsushima
  • Avatar Jin, Ghost of Tsushima
  • 1 Mata Teknik (kandungan didalam permainan)
  • Charm of Hachiman’s Favor (kandungan didalam permainan)
  • Set kosmetik Hero of Tsushima: Golden Mask, Body Armor, Sword Kit, Horse, Saddle (kandungan didalam permainan)
  • Komentari Pengarah: Penceritaan antara pasukan kreatif bersama dengan ahli sejarah terkenal di Jepun melihat dan mengulas mengenai dunia Ghost Of Tsushima

Untuk yang suka mengumpul koleksi khas, berita baik Ghost Of Tsushima Collector’s Edition juga akan dijual di Malaysia pada rangka harga RM859 dengan kandungan seperti:

  • Permainan penuh Ghost of Tsushima
  • Latar Lagu Mini Digital Ghost of Tsushima
  • Tema Dinamik Jin, Ghost of Tsushima
  • Avatar Jin, Ghost of Tsushima
  • Topeng Sakai
  • Peta bermaterialkan kain
  • Sashimono (Sepanduk Perang)
  • Furoshiki (Kain Pembalut)
  • Bekas besi
  • Buku karya seni mini dari Dark Horse
  • 1 Mata Teknik (kandungan didalam permainan)
  • Charm of Hachiman’s Favor (kandungan didalam permainan)
  • Set kosmetik Hero of Tsushima: Golden Mask, Body Armor, Sword Kit, Horse, Saddle (kandungan didalam permainan)
  • Komentari Pengarah: Penceritaan antara pasukan kreatif bersama dengan ahli sejarah terkenal di Jepun melihat dan mengulas mengenai dunia Ghost Of Tsushima

Ghost Of Tsushima akan tiba pada 17hb Julai secara eksklusif untuk PS4.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.