Giliran Samsung Galaxy M20 Dan M30 Pula Menerima Kemaskini Android 10

Peranti kelas pertengahan biasanya kerap dianaktirikan oleh pengeluar apabila proses kemas kini diberikan. Tetapi bagi pengguna Samsung Galaxy M20 dan M30, kemas kini ke Android 10 mula diterima pengguna di India. Ia hadir lebih awal berbanding Galaxy Note 9, S9, Note 10 dan Fold.

Setakat ini di Malaysia hanya Galaxy S10, S10+ dan S10e telah menerima Android 10 dengan pelancar baharu One UI 2.0. Saiz fail yang perlu dimuat turun ialah 1.3GB untuk M30 dan 2.0GB untuk M20. Samsung memberi kemas kini secara berperingkat maka pengguna dua peranti ini Malaysia mungkin akan menerimanya dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.