Emel ialah cara paling mudah aktiviti godam dan phishing dapat dilakukan. Penggodam akan menghantar emel palsu daripada bank untuk memperdayakan penerima yang hanya membaca tajuk emel tanpa melihat sumber ia dihantar. Antara cara godaman yang dilakukan ialah menghantar fail JavaScipt (.js) yang apabila dibuka mendedahkan penerima kepada godaman.

Gmail mengumumkan mereka tidak akan lagi membenarkan lampiran fail JavaScript mulai 13 Februari 2017. Ini adalah bagi menjaga keselamatan pengguna. Sebelum ini Gmail telahpun menghalang lampiran fail exe, .msc, dan .bat. Bagi yang masih perlu menghantar fail JavaScript, mereka dinasihatkan menggunakan storan luaran seperti Google Drive.

Source: amanz.my

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.