Pada peranti mudah-alih, terdapat pelbagai aplikasi komunikasi yang terpasang. Perkara ini sekaligus mungkin membuatkan anda hanya ingin menerima notifikasi sekiranya sesuatu perkara itu adalah penting sahaja.

Mengenal pasti hal berkenaan, kini Google melalui GMail memperkenalkan sebuah ciri baru yang mana memaparkan notifikasi untuk emel yang penting sahaja.

GMail High Priority

Google mengatakan mereka menggunakan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan dalam mengenal-pasti sesuatu mesej berkenaan sama ada penting atau tidak – dan seterusnya memberikan notifikasi kepada anda.

Sebelum ini, Google sedia mencuba ciri lebih kurang sama pada Inbox, dan kini ia turut diperluaskan untuk GMail pada iOS. Ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna GMail untuk iOS, dan dijangka hadir ke Android tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.