Berita Menarik

Gobind Singh Deo – MCMC Sedang Membangunkan Piawaian Kadar Kelajuan Minimum Yang Perlu Dipatuhi Syarikat Telekomunikasi

Pembaca : 14
0 0

Sewaktu upacara pengumuman ujian Terragraph oleh YTL, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo ditanya bagaimanakah syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan menjaga kualiti dan prestasi perkhidmatan mereka.

Beliau menjawab dengan mengatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kini sedang membangunkan sebuah rangka kerja untuk kelajuan minima yang harus diikuti oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Gobind Singh Deo tidak menspesifikasikan bilakah rangka kerja ini akan disahkan, tetapi beliau berkata dalam masa terdekat ini, ia akan disiapkan, dan ia akan dibentangkan untuk disahkan sebagai sebuah piawaian untuk diikuti oleh semua syarikat-syarikat tersebut.

Menurut beliau lagi, langkah ini adalah sesuatu yang perlu kerana kepentingan para pengguna Internet di Malaysia perlu dititik-beratkan supaya tidak kira pelan apa yang mereka gunakan sekalipun, kelajuan asas telko pilihan mereka tidak terganggu.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.