GoCar Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Kereta Bulanan

GoCar merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pengguna untuk membuat penyewaan kenderaan untuk tempoh waktu terhad melalui aplikasi mereka. Terkini, selain daripada itu, GoCar turut menambah sebuah lagi perkhidmatan baru yang membolehkan para pengguna membuat langganan kenderaan dalam bentuk bulanan.

GoCar Subscription

Buat masa ini, GoCar menawarkan dua kenderaan untuk dilanggan dalam bentuk bulanan, iaitu Nissan Almera dan juga Renault Captur — masing-masing pada harga langganan bulanan RM1600 dan RM2500.

GoCar Subscription

Sebelum memulakan langganan juga, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM2500 sebagai deposit. Bayaran langganan ini juga akan meliputi bayaran insuran, cukai jalan, penyelenggaraan dan beberapa perkara lain.

Pengguna juga boleh memilih untuk menamatkan langganan ini pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, terdapat komitmen minima selama sebulan untuk langganan GoCar ini (atau deposit anda tidak dipulangkan).

Buat tempoh pengenalan ini, GoCar hadir dengan promosi yang memberikan diskaun sebanyak 50% untuk langganan bulan pertama – dengan janji komitmen penggunaan selama 3 bulan daripada anda.

Layari : GoCar Subscription

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.