Penularan pandemik Covid-19 yang semakin kritikal telah memberi kesan yang besar dalam pelbagai sektor – ia termasuklah perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam subsektor peruncitan. Ramai diantara mereka yang meluahkan rasa susah hati kerana sumber pendapatan semakin terjejas teruk. Tidak kurang juga yang dilihat terpaksa mengambil langkah perit dengan ‘gulung tikar’ akibat bebanan kewangan.

Namun begitu, ini tidak bermakna tiada langsung penyelesaian bagi menangani masalah ini. Sebaliknya, bagaikan ada sinar di hujung terowong apabila pengendali mesin makanan dan minuman terbesar di Malaysia dan Singapura iaitu ATLAS Vending Malaysia Sdn. Bhd mendapat ilham untuk berinovasi dan mencipta peluang lebih baik dalam ekosistem peruncitan.

Melaluinya, Atlas Vending Malaysia Sdn. Bhd mendapat kerjasama dengan JomHack untuk mengadakan ATLAS Hack Virtual Hackathon. Ia diadakan bagi mencari solusi pintar yang boleh menyelesaikan masalah dalam dunia peruncitan – sekaligus boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Menerusi program ini, para peserta perlu membangunkan satu penyelesaian inovatif bagi menjadikan pengalaman peruncitan lebih bijak.

Mereka juga digalakkan untuk menghasilkan sesuatu idea yang baharu bagi menjadikannya lebih menarik. Seterusnya, semua peserta dikehendaki mengemukakan projek secara dalam talian pada pusingan pertama. Kemudiannya, mereka akan mempersembahkan demo prototaip kerja di atas pentas pada acara kemuncak kelak.

Difahamkan, ini merupakan Smart Retail Hackathon pertama di Malaysia dan hadiah yang ditawarkan juga menarik. Di mana, wang tunai keseluruhan sehingga RM25,600 untuk dimenangi, termasuk hadiah saguhati. Program secara maya ini akan berlangsung bermula 5 – 7 Mac 2021. Penyertaan bagaimanapun telah dibuka selewat-lewatnya sehingga 1 Mac 2021.

Info Lanjut : ATLAS Hack Virtual Hackathon

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.