GoJek Menyertai Arena Penstriman Video Dengan Pengenalan GoPlay

GoPlayGoJek merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu yang popular di Indonesia. Selain perkhidmatan seru-pandu, melalui aplikasi sama, GoJek turut menyediakan sejumlah perkhidmatan lain seperti perkhidmatan tempah makanan, dan lain-lain.


Terbaru, GoJek turut memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka, dan telah melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri dinamakan GoPlay.

GoPlay merupakan perkhidmatan penstriman filem dan siri-TV daripada GoJek, dan ditawarkan di Indonesia sahaja buat masa ini. Perkhidmatan ini hanya ditawarkan di peranti mudah-alih sahaja, dan memberi kemudahan untuk pelanggan GoJek sedia ada membuat langganannya tersendiri.

Buat masa ini, GoJek telah mendapatkan hak untuk sejumlah rancangan di Indonesia, dan ditawarkan melalui platform berkenaan. Berkemungkinan, kita akan melihat GoJek terus menambah kandungan serantau ke platform mereka pada masa akan datang.

Layari : GoPlay

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.