Untuk sekian lamanya, salah satu daripada kritikan terbesar yang diterima oleh Google ialah ia menyimpan data carian pengguna dan menggunakannya untuk membangunkan iklan berdasarkan pergerakan atas talian mereka.

Sundar Pichai, ketua pegawai eksekutif Google telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat beberapa perubahan dalam cara Google menyimpan maklumat carian pelbagai platform mereka, termasuklah Search, Location dan YouTube untuk para pengguna baru.

Google memperkenalkan ciri memadam data setiap tiga ataupun 18 bulan pada tahun lalu. Bermula sekarang, semua pengguna Google baru akan menerima tetapan membuang data carian peribadi mereka setiap 18 bulan secara lalai.

Sebagai contoh, jika Location History diaktifkan, tetapan memadam data selepas 18 bulan akan diaktifkan secara automatik, dan semua data carian selepas tempoh tersebut akan dibuang.

Menurut Sundar Pichai lagi, ciri ini juga dilanjutkan kepada sejarah tontonan YouTube, tetapi secara asalnya, data ini akan disimpan selama tiga tahun jika pengguna tidak memilih untuk memadamnya.

Untuk pengguna lama, mereka boleh mengaktifkan tetapan ini didalam menu tetapan pengguna Google dibawah pilihan Data & Personalization.

Bagi anda, adakah pengumuman terbaru Google ini satu permulaan yang baik untuk Google yang telah menyimpan maklumat carian peribadi beratus juta pengguna?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.