Berita Menarik

Google Akan Menamatkan Aplikasi Inbox Pada Mac 2019

Pembaca : 27
0 0

Google sebelum ini telah hadir dengan sebuah aplikasi dinamakan Inbox, iaitu sebuah klien emel untuk GMail yang menawarkan pelbagai ciri-ciri baru yang menarik, seperti sokongan Smart Reply, penawaran notifikasi, kebolehan untuk snooze emel dan sebagainya.

Sejak dilancarkan pada 2014 lepas, ia mempunyai peminatnya tersendiri – apatah lagi dengan pelbagai ciri-ciri baru diuji pada klien emel berkenaan.

Kini, dengan pelbagai ciri popular daripada Inbox yang telah diintegrasikan pada aplikasi GMail, Google hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Inbox berkenaan.

Google mengatakan aplikasi Inbox by Gmail akan ditamatkan pada penghujung Mac 2019 kelak.

Pengguna Inbox sedia ada diminta beralih ke aplikasi GMail – dimana anda masih boleh kekal menggunakan sejumlah besar fungsi yang dibawakan oleh Inbox dalam pengurusan akaun emel anda.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.