Google Now dan Assistant ialah dua aplikasi berbeza pada peranti Android. Assistant ialah pembantu maya yang diaktifkan dengan menekan butang home dan kawalan suara. Now pula diakses dengan menatal ke kiri dari skrin utama. Ia memaparkan agenda harian dan juga peringatan tarikh penting untuk pengguna. Assistant akan dikemaskini dalam minggu mendatang bagi membawakan fungsi yang sama seperti Now.

Dengan kemaskini baru ini, pengguna boleh mengakses agenda harian seperti mesyuarat, jadual penerbangan, maklumat trafik, menjejak pakej dan banyak lagi dengan menekan ikon pada bucu atas sebelah kanan terus dari antaramuka Assistant. Dengan ini proses melihat agenda penting harian akan menjadi lebih pantas tanpa perlu pergi ke skrin Google Now seperti sebelum ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.