TechSemut Malaysia

Google Assistant Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Google Assistant Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Google Assistant Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone
Mei 18
22:41 2017

Google Assistant merupakan pembantu maya pintar yang dibangunkan oleh Google dalam usaha memudahkan tugasan pengguna, selain menawarkan “Google” peribadi untuk setiap orang. Google Assistant buat masa ini digunakan oleh lebih 100 juta pengguna seluruh dunia, dan Google hari ini mengatakan mereka juga turut dalam usaha membawa sokongan pembantu maya pintar ini ke semua 2 bilion peranti Android seluruh dunia.

Google Assistant

Selain daripada itu, Google Assistant juga kini turut diumumkan untuk pengguna iPhone. Seperti pada Android, pengguna boleh bertanyakan pelbagai persoalan, selain turut mengintegrasikan ia bersama aplikasi Google lain pada iOS seperti menarik data daripada YouTube, GMail dan sebagainya. Namun, ia akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara – bermula daripada Amerika Syarikat.

Selain pengumuman penawaran untuk iPhone, Google turut mengumumkan yang mana Google Assistant akan menyokong lebih banyak bahasa menjelang penghujung tahun ini. Walaubagaimanapun, sedikit mendukacitakan kerana sokongan bahasa Malaysia untuk Google Assistant masih belum diumumkan lagi buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com