Google Assistant Pada Android Auto Tidak Berfungsi Untuk Kebanyakan Peranti

Android Auto adalah aplikasi yang menjadikan telefon pintar pengguna kepada inforia ketika memandu. Ia mempunyai Google Assistant terbina, aplikasi dengan antaramuka mudah dikawal ketika memandu dan juga pemberian notifikasi yang baik. Penggunaan Android Auto memberi pengalaman yang baik dan menarik, bagi pengguna yang kerap memandu dan kerap menggunakan Google Assistant.

Android Auto

Terkini, ramai pengguna melaporkan yang Google Assistant tidak berfungsi pada Android Auto. Google Assistant tidak ‘mendengar’ seruan pengguna dan seolah tidak ambil peduli akan arahan yang diberikan. Masalah ini dilihat hanya berlaku pada mereka yang tambat peranti kepada sistem Bluetooth kereta sahaja. Peranti yang dilaporkan setakat ini mempunyai masalah ini adalah Pixel 2, Pixel 2 XL, Pixel 3, Pixel 3 XL, Galaxy S8, Galaxy S7, dan P20 Pro. Akan tetapi ada kemungkinan besar, senarai ini akan bertambah.

Ini kerana, isu ini telah berlaku beberapa bulan lamanya dan ratusan laporan telah dibuat, tetapi Google masih tidak memberi sebarang maklum balas – termasuk jalan penyelesaian sementara. Jadi jika perkara ini berlaku pada anda, tabah dan sabar sahajalah sehingga Google berikan kenyataan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.