Google Auto Flip Menyunting Video Dalam Pelbagai Saiz Nisbah Skrin Menggunakan Kecerdasan Buatan

Antara cabaran media di tahun 2020 ialah menghasilkan kandungan yang kekal relevan dengan pembaca. Video yang dihasilkan perlu boleh ditonton pada platfrom seperti YouTube tetapi pada masa yang sama boleh dimuat naik semula dalam kedudukan menegak pada platform seperti TikTok dan Instagram Stories. Ini hanya menambah kerja yang perlu dilakukan oleh pasukan videografi di tempat kerja. Tugas menyunting semula video dapat dipermudahkan dengan Google Auto Flip.

Auto Flip ialah kecerdasan buatan yang mampu menyunting semula video mendatar menjadi video menegak dalam pelbagai saiz nisbah skrin. Ia boleh diarahkan untuk mengikut pergerakan subjek utama bagi memastikan ia sentiasa di tengah-tengah bingkai video. Kecerdasan buatan sumber terbuka ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat bagu melatihnya untuk melakukan suntingan yang lebih jitu.

Selain Auto Flip, sistem suntingan automatik ini turut telah diperlihatkan oleh pada Adobe Premiere Pro yang menggunakan kecerdasan buatan mereka sendiri iaitu Adob Sensei tahun tahun lalu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*